10. Biawak Komodo (Komodo Dragon)
Ok, beberapa orang mungkin mendengar tentang Biawak Komodo dan kaedah di mana ia membunuh mangsanya, tetapi adakah anda tahu, sebenarnya ia berbisa juga? Biawak Komodo adalah pembunuh yang sangat sabar, yang diperlukan hanyalah satu gigitan dari biawak besar untuk perlahan-lahan dan menyakitkan membunuhmu. Biawak Komodo menggunakan air liurnya yang sangat beracun (yang mengandungi lebih daripada 50 jenis bakteria) yang perlahan-lahan merebak dan seterusnya mematikan mangsanya. Namun penemuan terkini mendapati bahawa Biawak Komodo memiliki kelenjar racun dalam mulutnya yang sebelum ini disangkal kajiannya.9. Gila Monster
Jangan risau Gila Monster tidak terdapat di Malaysia....tetapi cukup umum di barat daya Amerika Syarikat dan beberapa bahagian Mexico dan walaupun beracun tetapi jarang kes kematian manusia dilaporkan. Saluran racunnya melalui alur di gigi dan terus ke mangsanya, kerana itu mangsa Gila Monster akan mati serta-merta..8. Platypus
Untuk makluman anda, Platypus adalah satu-satunya haiwan mamalia yang bertelur..Bisanya terletak ditaji haiwan tersebut, Tajinya yang beracun itu jauh lebih kuat selama musim mengawan dan menyebabkan para penyelidik percaya bahawa taji ini digunakan ketika bersaing untuk mendapatkan pasangan, walaubagaimanapun racun itu tidak dianggap berbahaya bagi manusia - tetapi anda akan benar-benar ingin mencuba?? :D
7. Sotong Katak (Cuttlefish)
Nota : hidupan air pertama di dalam senarai ini adalah Sotong katak yang sangat erat dikaitankan dengan keluarga obor-obor dan sotong. Seperti yang dapat anda lihat pada gambar di atas pada bahagian depan Sotong terdiri dari sepuluh tentakel, begitu juga obor-obor atau sotong kurita tapi ini bukan terletaknya rahsia sotong ini. Di tengah-tengah 10 tentakel di dasar kepalanya itu terdapat paruh, muncung paruh ini mempunyai kemampuan untuk menyuntikkan racun pada kelajuan cahaya dan terus melumpuhkan sistem saraf. Hati-hati buat penyelam di Pulau Sipadan kerana haiwan ini ada di sana....
6. Batu Karang (Coral)
Ada ratusan Batu Karang yang berbeza di dunia dan adakah anda percaya bahawa beberapa daripadanya berbisa? Batu Karang yang paling berbisa adalah Palythoa yang boleh membunuh manusia jika mendapat kesempatan untuk menyuntik racun yang cukup ke dalam diri penyelam. Tidak kajian yang banyak bagi batu karang beracun tetapi diketahui bahawa gejala racun Palythoa termasuk sesak nafas & dada dan denyutan nadi menjadi cepat.
5. Ulat Gonggok (Millipede)
Anda mungkin kenal dengan kaki seribu ini kerana sangat umum di lingkungan kawasan hutan seperti taman negara dan ladang. Haiwan ini boleh mengeluarkan racun dan sianida melalui liang-liang di dalam abdomennya mereka yang dapat berbahaya kepada serangga-serangga kecil.4. Lipan (Centipede)
3. Cone Snail
Siput Kon tidak berbahaya tetapi ia akan menyengat apabila terancam, dengan belalai yang unik seperti tombak yang digunakan untuk menyerang mangsanya (biasanya ikan kecil). Racun dari siput ini cukup kuat untuk melumpuhkan mangsa dengan segera, pesanan untuk penyelam, berhati-hati apabila anda menyelam di laut, kerana Siput Kon dilaporkan bertanggung jawab untuk sejumlah kematian manusia.
2. Hooded Pitohui
Hooded Pitohui memang beracun. Walaubagaimanapun burung ini hanya ditemui di Papua New Guinea dan bulu dan kulitnya mengandungi racun yang sama ditemui pada anak panah kodok beracun, meskipun tidak begitu kuat. Hanya dengan menyentuh burung ini sudah cukup untuk merebakkan racun berbahayanya. namun lebih berbahaya lagi sekiranya anda makan keseluruhan burung, termasuk bulun pelepahya....haha
1. Slow Loris (dijumpai di rantau Asia, terutama Indonesia, Sri Lanka, China & India)
Loris adalah antara spesis monyet@kera yang berbisa. walaupun berbisa pada taringnya yang boleh menyebabkan kematian namun dipercayai dengan memakan dagingnya dapat menyembuhkan penyakit kusta, dan tonik yang diperbuat darinya dipercayai dapat menyembuhkan luka, patah tulang dan memberi tenaga bagi ibu selepas bersalin..lebih aneh lagi.ada yang sanggup menjadikannya sebagai haiwan peliharaan , dengan membuang taring terlebih dahulu sebelum menjualnya..Amat menyedihkan apabila haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan terancam ini didagangkan dengan jumlah yang besar secara haram terutamanya di negara Indonesia dan Kemboja.
1 comment:
curry 7
yeezy supply
yeezy boost 350
kyrie 5 shoes
kd13
off white
yeezy boost
retro jordans
lebron 16
yeezy boost 350 v2
Post a Comment